Unity In Multiplicity (Al-Wahdah Fil-Katrah) - Pandang Satu atas yang banyak,Pandang banyak atas yang Satu

Saturday 2 September 2017


Assalamu’alaikum warahmatullahwabarakatuh:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan rasa penuh kesyukuran dan limpah kurnia dariNya, kami ( Ramzia dan Zainol ) mewakili Yayasan TAAT khususnya mengucapkan Ahamdulillah, 'Jaza-Kumullah Khairan Katsiraa' kepada seluruh keluarga arwah Makcik terutamanya kepada Anwar dan Fadzlun berserta keluarga yg sudi menyediakan tempat yg begitu selesa dan juga Abg Silan serta keluarga dan sanak saudara yang telah bertungkus lumus siang dan malam di dalam penyediaan sehinggalah majlis selesai dengan penuh keselesaan dan sempurna nya.

Di samping itu, tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kepada En Ramlos bin Mohd Nor dan keluarga yang mengetuai bahagian masakan dan hidangan berserta sumbangan tenaga dari orang-orang Kampong Gadong dan Kota.Tidak di lupakan juga kepada Tn Hj Kamaruzaman bin Budin ( pemilik  Pusat Penyembelihan Syarikat Hj Budin Pedas NS ) dan juga kepada En. Badaruzzaman bin Hj Kamaruzaman yang telah melakukan penyembelihan hewan untuk korban dan aqiqah.

Kepada para jemputan juga diucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya Kepada Y.B Sahibul Samahah Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ), yang telah sudi hadir untuk memeriahkan dan memberkati majlis, Y.Bhg Laksamana Madya (B) Datuk Abd Hadi bin Rashid  ( Pemegang Amanah Yayasan TAAT ), Tn Hj Shafie bin Hj Arshad berserta keluarga dan juga kepada seluruh kenalan, keluarga dan sanak saudara  yang datang dari jauh dan dekat.
   
Akhirnya kami berharaplah agar semangat kerjasama dan gotong-royong yang sebegini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa.. in syà Allah.

Ado nangko berbuah di ladang,
Bilo masak berbau wangi,
Kok ado umur panjang,
Tahun dopan berjumpo lagi..


Sekian, Wassallam



UPACARA KORBAN 1 ( PUSAT PENYEMBELIHAN SYARIKAT HAJI BUDIN PEDAS NS)






UPACARA KORBAN 2 









PROSES MELAPAH









  



MASAK










AGIHAN DAGING QURBAN DAN SUMBANGAN














  

JAMUAN MAKAN