Unity In Multiplicity (Al-Wahdah Fil-Katrah) - Pandang Satu atas yang banyak,Pandang banyak atas yang Satu

Sunday 11 June 2017

PENGHARGAAN                                                                                                            14hb Jun 2017

Assalamu’alaikum warahmatullahwabarakatuh
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAJLIS IFTAR SEMPENA NUZUL AL QURAN 16 RAMADHAN 1438H BERTEMPAT DI BANGSAR, KUALA LUMPUR.

Dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran serta limpah kurnia dariNya, kami yang mewakili Yayasan Taat khususnya mengucapkan Alhamdulillah,   جَزَا كم الله خَيْرًا كَثِيْرًا
“Jaza-Kamallah Khairan Katsiiraa”  kepada semua hadirin yang datang dari jauh dan dekat iaitu dari Madrasah Nurul Quran Tuanku Jaafar, Seri Menanti, Rumah Tunas Harapan Seri Sejahtera Seri Menanti, NS dan Maahad Tahfiz Padang Balang Gombak dan juga Staf-staf YT.

Dan tidak lupa juga kepada Pn Hjh Juzuhayati bt Hj Arshad, Tn Hj Ridhuan Hj Arshad, Dato' Adam Bin Bachek serta kawan-kawan dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat yg turut serta memberikan sumbangan dengan iringan doa semoga kalian di berkati dan di rahmati Allah serta ucapan terima kasih jua.

Di atas kehadiran para tetamu yang di muliakan lagi dihormati ini, maka majlis kami telah terisi penuh kesempurnaan dengan keizinan dariNya jua.

Akhirnya kami berharaplah agar dapat kita di pertemukan semula di masa-masa akan datang, in sya Allah. Kami juga memohon ampun dan maaf diatas segala kekurangan". 

"Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan"

Sekian, wassallam

Dari, 

RAMZIA dan ZAINOL


KETIBAAN PARA JEMPUTAN


BACAAN DOA SELAMAT












BERBUKA PUASA















TARAWIKH





PENYAMPAIAN SUMBANGAN






MOREH