Unity In Multiplicity (Al-Wahdah Fil-Katrah) - Pandang Satu atas yang banyak,Pandang banyak atas yang Satu

Saturday 21 April 2018

EcoFreeMarket Mertang Galau 2018

Saturday 21 April 2018 On 12:31 pm

EcoFreeMarket Mertang Galau merupakan FreeMarket pertama anjuran Yayasan TAAT yang telah diadakan di kawasan luar bandar iaitu di Masjid Kariah Mertang Galau, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada hari Sabtu 21 April 2018.

Program ini adalah program kerjasama di antara penganjur Yayasan TAAT dengan JKKK Kg Mertang, Masjid Kariah Mertang Galau, Klinik kesihatan Gunung Pasir dan PDRM Seri Menanti. Turut disertai sukarelawan dari Kg Mertang dan kawasan sekitar yang telah banyak berjasa dalam menjayakan program ini.

Ribuan terima kasih diucapkan Tn Haji Abu Samah, selaku Ketua Kampung Mertang bersama JKKK Kg Mertang yang telah bertungkus lumus berminggu-minggu bergotong-royong membuat persiapan tersebut.

Turut bersama 150 orang anak-anak yatim dan pelajar Tahfiz daripada sekitar Sri Menanti yang juga merupakan tetamu khas untuk program EcoFreeMarket ini. Mereka telah di bawa khas oleh pihak urus setia dan juga penyumbang. 

Suasana Sekitar Program EcoFreeMarket