Unity In Multiplicity (Al-Wahdah Fil-Katrah) - Pandang Satu atas yang banyak,Pandang banyak atas yang Satu

Wednesday 14 September 2016

Majlis Qurban Yayasan TAAT Di Kota Negeri Sembilan 2016

Wednesday 14 September 2016 On 11:24 am
PENGHARGAAN MAJLIS KORBAN SEMPENA EIDUL ADHA 1437H ANJURAN BERSAMA Y.T DAN KELUARGA ARWAH MAKCIK PADA HARI SELASA 11 ZULHIJJAH BERSAMAAN 13 SEPT.'16 BERTEMPAT DI PEKAN KOTA, DAERAH REMBAU 71350 N.S As-salāmu'alaikum wbt,
Dengan rasa penuh kesyukuran dan limpah kurnia dariNya, kami ( Ramzia dan Zainol ) mewakili Yayasan TAAT khususnya mengucapkan Ahamdulillah, 'Jaza-Kumullah Khairan Katsiraa' kepada seluruh keluarga arwah Makcik terutamanya kepada Anuar dan Fadla berserta keluarga yg sudi menyediakan tempat yg begitu selesa dan indah dan juga Abg Silan serta keluarga yang telah bertungkus lumus siang dan malam didalam penyediaan majlis beberapa hari sebelum dan sehinggalah majlis selesai dengan penuh keselesaan dan kesempurnaanNya.
Di samping itu, tidak di lupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Ramlus dan keluarga yang mengetuai bahagian masakan dan hidangan yang begitu enak sekali dan menyelerakan berserta sumbangan tenaga dari orang-orang Kampong Gadong dan Kota. 
Begitu juga kepada Imam Masjid Kg Gadong iaitu En Muzammil di dalam tugas penyembelihan haiwan korban dan kumpulannya yang begitu cekap menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Kepada para jemputan, kesudian tuan-tuan dan puan-puan menghadiri jemputan kami baik dari jauh dan dekat amat-amatlah dihargai, juga di ucapkan terima kasih jua. 
Cantiknyo bughong cendoghowasih Toghobang sokawan di haghi potang Kami sumo ucapkan toghimo kasih Kopado tuan puan yang sudi datang 
Akhirnya kami berharaplah agar semangat kerjasama dan gotong royong dan aktiviti korban ini akan berterusan di masa hadapan, in syà Allah. 
Kalu ado sumur di ladang Boleh kito monompang mandi Kok samo samo umo kito panjang Bulih kito jumpo laei 
Sekian, Wassallam